xnk dgr pause je :)

----------------------------------------------------- xnk dengar..!! klik pause pada lagu.. :P ----------------------------------------------------

Vagetoz - Taubatku

Khamis, 28 Julai 2011

Moh le kite rmai2 sesakkan Tesco Stargate

JAM 7.00PM - KHAMIS
Saje suka2 gi jalan2 tengok2 tesco stargate yg baru di buka, TESCO STARGATE

Kawasan parking motor

Ruang Legar

Ruang Legar 2

Pintu Gerbang TESCO

Bahagian Dalam TESCO
ramai pengunjung, sesak jgk la......

JOM RAMAI2 KITE SESAKKAN TESCO

Kampong Ulu Legong, Baling kedah

26-27 July 2011, Selasa mlm Rabu,
Aku borink dok umah so aku plan nk gi Kampung Ulu Legong, Baling Kedah Dengan member2 aku. So aku pn mintax la izin family dl sebelum bertolak ke Ulu Legong. setelah dapat

LAMPU HIJAU

Aku pn rojerlah member2 aku suruh siap, aku bertolak dari umah lebih kurang jam11.00pm, perjalanan mengambil masa 2jam tuk sampai, setibaNYA kami jam1.03am.

 IMAGE 1

 IMAGE 2

 IMAGE 3

 IMAGE 4
 IMAGE 5

Parking keta caj RM2.00,
Tiket masuk RM4.00.

Ingat lepas ghaya nanti nk gi plak, Sapa2 nk join jom arr, kita gi ramai2 baru best.. :)


JAHIL

Kisah ini berlaku di dalam bilik darjah,iyalah,takkan di planet Zuhal pulak kan??
Pada waktu itu,cikgu Sobri yang mengajar subjek sejarah bertanyakan maksud perkataan jahil kepada murid-muridnya..


Cikgu Sobri    : Assalamualaikum semua.Hari 
                 ini kita akan berlajar 
                 mengenai masyarakat 
                 jahiliah.Sebelum tu,apa
                 maksud jahil,Ali?


Ali diam kemudian menggelengkan kepalanya..


Cikgu Sobri    : Hurmm...hah Abu,apa maksud 
                 jahil?
Abu            : Gulp! Tak tahu cikgu.. 
                 (Dengan muka yang pucat).
Cikgu Sobri    : Apa dia Abu??
Abu            : Tak tahu cikgu.
Cikgu Sobri    : Bagus Abu jawapan yang 
                 tepat..Jahil sememangnya 
                 bermaksud tak tahu atau tak
                 tak berpengetahuan.
Abu            : (terus mengontrol macho). 
                 Saya memang tahu perkataan tu 
                 cikgu..
Dalam hati Abu : Fuh!! Aku memang jahil atau 
                 tak tahu pun..

Selasa, 26 Julai 2011

Kami Blogger utagha...

KBU

terdiri daripada 3 admin..2 puteri 1 putera..
admin 1 > cik GKSB
admin 3 > pakcuk sofi

ahli seramai 589...
saya alang ritz ingin menjoinkan diri dalam group KBU...hihihihi.
bulehkan cik GKSB

Mutiara Kata

Hiasilah kehidupan ini dengan gurau senda kerana ia melambangkan kehidupan yang harmoni.

 Jangan jadikan diri anda ibarat sekumpulan tisu-tisu kerana tugasnya adalah untuk mengesat benda -benda yang kotor

 "buah akal ialah ilmu pengetahuan,buah jiwa adalah iman dan buah fizikal ialah kemajuan" 

"cinta kepada bunga akan layu,cinta kepada manusia akan berpisah dan cinta kepada ALLAH s.w.t akan abadi"

 Wanita itu sendiri adalah rahsia 
Nafsu mengatakan wanita cantik atas dasar rupanya, 
akal mengatatakan wanita cantik atas dasar ilmu dan kepandaiannya, 
dan hati mengatakan wanita cantik atas dasar akhlaknya. 

Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. 
Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. 
Sahabat sejati menjadi pendorong impian. 
Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.

Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah, 
menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, 
menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, 
menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, 
menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan
 menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.

Penglihatan itu sebagai panah iblis yang berbisa, maka siapa yang mengelakkannya kerana takut padaKu, maka Aku akan menggantikannya dengan iman yang dirasakan manisnya dalam hati...

SAHABAT YANG BAIK ADALAH ORANG YANG BERCAKAP BENAR, DAN BUKANNYA HANYA MEMBENARKAN KATA-KATA

POLISI GORONTALO MENGGILA

saksikan lah aksi briptu norman kamaru menggila...


setelah kemunculan video nie di youtube,
briptu norman kamaru didenda oleh pihak atasan,..
menyanyi tuk menghiburkan rakan2 seperjuangan.

setelah itu rakaman ini dapat liputan seluruh indonesia, 
dan akhir sekali briptu norman kamaru menjadi artis...


buktinya nie arr!!


tengok jer la....

agak2 la lawak x nie.. lagu rekaan tp cam best


so saksikan lah....

Sapa Nak??

Klu nk try bley la buat.... hheheh.

 

Jumaat, 22 Julai 2011

Dengar, Fikir dan hayati lagu nie.

Marilah kita dengar , fikir dan hayati lagu nie, supaya kita tahu dimana silapNya kita sebagaimana umat manusia yang tidak lari membuat dosa. insafilah setiap kelakuan yg pernah kita lakukan dimasa2 lalu.. kerna ALLAH S.A.W. sentiasa membuka pintu2 taubat hambaNya yg ingin kembali ke jalan yg di redhaiNYA..


Opick - rapuh

Detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadamu
yang terindah dalam hidup

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadamu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padamu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaimu
dalam dadaku harap hanya
dirimu yang bertahta

detik waktu terus berlalu
semua berakhir padamu

Kebakaran Di kilang NAZA Gurun Kedah

kebakaran nie berlaku pada tgh hari td.. 21 july 2011 anggaran kerugian RM3 JUTA.



Khamis, 21 Julai 2011

Aku jatuh cinta lagi


Cinta Farhat

Aku jatuh cinta lagi
Disaat ku punya cinta
Ajarin bagaimana memulai hubungan ini

Aku jatuh cinta lagi
Disaat kau punya cinta
Kau dan aku sama-sama ada yang memiliki

Harus kah cinta lagi
Antara kau dan aku
Cinta ini tak melepas
Cinta yang lainnya
ooo........

Harus cinta terbagi
Antara kau dan dia
Cinta tak mengakhiri
Cinta yang pernah ada


Ahad, 17 Julai 2011

kelebihan malam Nisfu Sya’ban



Berikut Hadis – Hadis yang menerangkan kelebihan malam Nisfu Sya’ban

1. Dari sayyidina Ali: Baginda Rasulullah SAW maksudnya: Apabila datang malam nisfu sya’ban maka beribadahlah di malamnya dan puasalah di siang harinya sesungguhnya Allah menurunkan rahmatNya dan para Malaikatnya pada malam itu dan berkata siapa yang minta rezeki ku beri, siapa meminta keselamatan aku pelihara, siapa yang hendak sesuatu maka akan ku kabulkan sampai terbit fajar.

2. Dari Muaz bin jabal, Bersabda baginda RasulullahuSAW maksudnya: pada malam nisfu sya’ban menurunkan Allah akan RahmatNYA dan para malaikatnya maka mengampuni Allah akan Dosa-dosa hambanya.
Di riwayatkan bahawa pemindahan semua perkara dari lauhil mahfuz pada malam nisfu sya’ban dan selesai pada malam lailatul Qadar Di serahkan urusan rezeki pada Malaikat Mikail urusan perang/gempa/bencana pada Malaikat Jibril , urusan amal pada Malaikat penghulu langit dunia dan urusan Musibah pada Malaikat maut.

3. Daripada sayyidah Aisyah berkata:
Malam nisfu sya’ban aku terbagun dan rasulullah tidak ada di sampingku maka aku cari dan ternyata baginda ada di pekuburan sambil memandang ke langit kemudian berkata sungguh Allah menurunkan rahmatNya dan MalaikatNya ke langit dunia pada malam nisfu sya’ban dan mengampuni dosa hambanya 

4. Daripada Sayidah Aisyah berkata:
Rasulullah berdiri sembahyang dan kemudian sujud sangat lama sehingga aku menyangka beginda telah wafat. Was – was aku melihat sedemikian maka aku gerak-gerakan hujung kaki beliau maka bergeraklah. Kemudian aku kembali ke rumah dan ketika beginda selesai dari sembahyang, Baginda datang dan berkata: ” tahukah kamu malam apakah ini? 

Berkata Aisyah: Allah dan Rasulnya yang lebih tahu 

Berkata Baginda : Malam ini adalah malam Nisfu sya’ban sesungguhnya Allah Memandang dan mengampuni Hamba-hambanya pada malam ini.

5. Dari Naufal al bakali bahwasanya sayidina Ali keluar rumah pada malam nisfu sya’ban dan memandang kelangit sambil berkata keluar pada malam nisfu sya’ban nabiullah Daud alaihissalam dan memandang kelangit dan berkata Ya Allah sesungguhnya malam ini adalah malam mustajab do’a tidak berdo’a seseorang melainkan engkau kabulkan.

6. Diriwayatkan dari Ka’ab al ahbar berkata:
Sesungguhnya Allah Mengutus malaikat Jibril pada malam nisfu sya’ban ke syurga dan memerintahkan dihiaskan syurga. Allah melepaskan dari api neraka pada malam ini hambanya sebanyak bilangan bintang di langit, sebilangan hari dan malam di dunia, sebilangan daun-daun pepohonan, seberat gunung-gunung dan sebilangan pasir-pasir.

7. Pada malam Nisfu Sya’ban Allah menambahkan air Zam Zam.

Faedah amalan pada Nisfu Sya’ban

Disunatkan menghidupkan dan menghidupkan malam Nisfu sya’ban dengan beribadah seperti sembahyang sunat tasbih, Baca Alquran, Berzikir, Selawat, dan Berdoa dengan niat:

1. Panjang umur sihat wal’afiat dalam taat dan ibadah kepada Allah.

2. Selamat dari pada musibah, bala, penyakit, wabak penyakit.

3. Minta rezeki yang halal dan kaya hati dari sekalian makhluk dan mati dalam keadaan husnul khatimah baik kesudahan.

4. Dan sekurang-kurangnya pada malam Nisfu Sya’ban beribadah dengan mengerjakan Solat Isyak berjamaah dan Solat Subuh berjamaah.

Ya Allah,Ya Rahman,Ya Rahim..
Jika Engkau takdirkan panjang usiaku
Tetapkanlah aku di jalanMu
Agar aku istiqamah menjejaki keredhaanMu
Teguh menjalankan perintahMu,tunduk pada ketentuanMu.
Jadikanlah diri ini orang yang selalu menjauhi laranganMu.
Agar tidak sia-sia sisa umurku berlalu…
Amin.